Bisnes Anda Membesar. Tapi Tiada Siapa Yang Sebenarnya Memandu Kewangannya Ke Hadapan.
Akauntan dan ejen cukai anda merekod apa yang sudah berlaku. Seorang CFO pula merancang ke mana anda menuju, dan kerusi itu kosong dalam kebanyakan SME. Jurang itu datang dengan kos yang anda tak nampak: cukai terlebih bayar, pembiayaan ditolak, pertumbuhan tersekat. Kami isi kerusi itu secara fractional, kepimpinan kewangan penuh tanpa gaji CFO RM30,000 sebulan.
Setiap Bulan Kerusi Itu Kosong, Anda Yang Bayar Harganya.
Kebanyakan SME bukan tersekat kerana permintaan lemah. Mereka tersangkut kerana tiada siapa yang memegang gambaran kewangan secara keseluruhan. Inilah lima cara ia menambah kos anda secara senyap, sampai akhirnya jadi masalah tunai yang anda tak nampak datang.
Visibiliti Kewangan Rendah
Anda tak nampak gambaran sebenar kedudukan tunai, jadi setiap keputusan dibuat secara agak-agak. Apabila masalah tiba, ia datang sebagai kejutan, bukan amaran.
Untung Tak Jelas
Tak jelas projek atau produk mana yang untung dan mana yang rugi. Tanpa kejelasan itu, anda mungkin sedang menanggung kerugian tanpa sedar.
Aliran Tunai Tak Terurus
Tunai masuk dan keluar tanpa kawalan yang sebenar. Akibatnya, syarikat yang nampak untung di atas kertas pun boleh tersepit pada hujung bulan.
Pendedahan Cukai Tinggi
Tanpa perancangan, anda mungkin terlebih bayar, atau terdedah kepada penalti. Kedua-duanya senyap-senyap makan margin anda.
Pemilik Buat Semua
Dari operasi sampai kerja pentadbiran, semua di bahu anda. Akibatnya, tiada masa dan tenaga tinggal untuk memikirkan hala tuju jangka panjang syarikat.
Anda Dah Bayar Untuk Kewangan. Tapi Semua Mereka Tengok Ke Belakang.
Mungkin anda fikir anda sudah ada pasukan kewangan. Anda ada akauntan, ejen cukai, juruaudit, HR, dan pegawai bank. Masalahnya bukan kualiti kerja mereka. Masalahnya ialah setiap satu hanya menjaga satu kepingan, dan ramai pemilik salah anggap skop mereka jauh lebih luas daripada yang sebenarnya.
Setiausaha Syarikat
Memastikan syarikat sah dan teratur di sisi SSM, menyimpan resolusi, minit, dan rekod berkanun.
Ramai sangka mereka akan nasihat hala tuju kewangan atau struktur cukai. Skop sebenar mereka pematuhan undang-undang, bukan strategi tunai anda.
Ejen Cukai
Mengira cukai dan memfailkannya tepat masa, mengikut keperluan pematuhan LHDN.
Ramai sangka mereka merancang supaya cukai anda rendah. Sebenarnya mereka melapor cukai atas untung yang sudah terjadi, bukan merancang sepanjang tahun.
Juruaudit
Mengesahkan rekod kewangan anda tepat dan boleh dipercayai oleh pihak luar.
Ramai sangka audit beritahu kesihatan bisnes dan langkah seterusnya. Sebenarnya audit hanya sahkan sejarah, ia tidak membina unjuran atau merancang masa depan.
HR & Payroll
Memastikan gaji, EPF, SOCSO, dan caruman pekerja diuruskan dengan betul setiap bulan.
Ramai sangka mereka urus kos pekerja secara strategik. Sebenarnya mereka proses gaji, bukan menghubungkan kos itu kepada untung dan aliran tunai.
Akauntan / Penyimpan Kira
Merekod setiap transaksi dan menyediakan akaun yang kemas dan teratur.
Ramai sangka akauntan akan tunjuk cara tambah untung. Sebenarnya mereka merekod apa yang sudah berlaku, bukan menyusun strategi ke hadapan.
Pegawai Bank
Menawarkan produk pembiayaan dan perkhidmatan bank kepada anda.
Ramai sangka mereka akan susun kewangan anda supaya layak pinjaman. Sebenarnya kerja mereka menjual produk bank, bukan membaiki struktur kewangan anda.
Perhatikan coraknya. Setiap satu menjaga satu kepingan, dan kesemuanya melihat ke belakang, merekod, mengesahkan, dan memfailkan apa yang sudah berlaku. Tiada siapa yang ambil semua kepingan ni, satukan jadi satu gambaran, dan tentukan ke mana wang anda patut pergi. Itulah kerja seorang CFO. Dan dalam kebanyakan SME, itulah yang hilang.
VCFO Mengisi Tepat Ruang Yang Itu.
Kami satukan kepingan yang berselerak ni jadi satu gambaran strategik, dan pimpin keputusan kewangan ke hadapan. Bukan sekadar lapor masa lalu, tapi rancang masa depan, dan pikul tanggungjawab yang selama ni tiada siapa pegang.
Peranan Yang Hilang Itu Ada Namanya: CFO.
Perbezaannya mudah. Perakaunan melihat ke belakang dan merekod sejarah. Seorang CFO melihat ke hadapan dan memandu keputusan. Jurang antara kedua-duanya itulah tempat kebanyakan SME tersangkut, dan VCFO menyambungkannya menjadi satu aliran yang lengkap.
Apa Yang Dah Berlaku
Merekod dan mengesahkan sejarah. Penting, tetapi ia hanya memberitahu anda apa yang sudah terjadi, bukan apa yang patut dibuat seterusnya.
- Lejar AmRekod setiap transaksi masuk dan keluar.
- Nisbah Kesihatan KewanganNisbah yang merumus prestasi lampau.
- Pengurusan CukaiLapor dan fail cukai atas untung sedia ada.
Ke Mana Anda Menuju
Merancang dan memandu masa depan. Di sinilah keputusan dibuat: ke mana untuk melabur, bila untuk berkembang, dan macam mana untuk kekal kukuh.
- BelanjawanRancang ke mana setiap ringgit patut pergi.
- Unjuran KewanganRamal aliran tunai dan untung di hadapan.
- Perancangan PertumbuhanSusun strategi untuk berkembang dengan terkawal.
Jangan Fikir "CFO" Sebagai Satu Orang. Ia Satu Pasukan Lima Fungsi.
Inilah puncanya kenapa walaupun ada orang buat akaun, syarikat masih tersangkut. Satu jawatan "CFO" sebenarnya merangkumi lima fungsi berbeza yang bertindih. Dalam kebanyakan SME, hanya satu fungsi paling asas, iaitu merekod, yang terisi. Empat lagi, yang sebenarnya memandu pertumbuhan, dibiarkan kosong. Inilah lima fungsi itu, dan mana yang biasanya hilang.
Lihat coraknya: empat daripada lima fungsi biasanya kosong. Walaupun ada orang bergelar "CFO" atau "Finance Manager," selalunya dia hanya mengisi kotak pertama, iaitu merekod. Empat fungsi strategik yang lain, tempat keputusan besar sepatutnya dibuat, dibiar kosong. Di situlah pertumbuhan tersekat, dan di situlah VCFO masuk.
Inilah Yang Sepatutnya Diliputi, Dari Asas Hingga Strategi.
Fungsi kewangan yang lengkap bergerak dari memastikan rekod betul, kepada memahami maksud nombor itu, sehingga melaksanakan strategi bersama pasukan pengurusan. Kebanyakan SME hanya kukuh di lapisan pertama. Kami liputi ketiga-tiganya.
Asas Perakaunan
Tanpa rekod yang betul dan terkini, semua yang lain tak boleh dipercayai. Lapisan ni pastikan asas anda kukuh, kemas, dan patuh.
- Simpan Kira
- Pelaporan Kewangan
- Pematuhan & Penyerahan Cukai
- Pematuhan
Wawasan Kewangan
Nombor sahaja tidak bermakna sehingga ia ditafsir. Lapisan ini mengubah data menjadi pemahaman tentang kesihatan dan kedudukan sebenar syarikat anda.
- Semakan Kesihatan Kewangan
- Nisbah Kewangan
- Analisis Trend
- Kajian Pasaran & Syarikat Setara
Pelaksanaan Strategik
Di sinilah kewangan bertemu keputusan. Lapisan ini menterjemahkan pemahaman menjadi tindakan, dilaksanakan bersama pasukan pengurusan anda.
- Belanjawan & Unjuran
- Pengoptimuman Cukai
- Pemantauan KPI
- Pelaksanaan Strategi Bersama Pengurusan
Anda Tak Perlu Gaji CFO RM30,000. Anda Perlukan Fungsinya.
Di sinilah VCFO masuk. Sama ada anda belum ada CFO langsung, atau sudah ada tetapi peranannya lebih besar daripada seorang boleh pikul, kami isi fungsi itu secara fractional: kapasiti penuh, pada kos yang masuk akal untuk SME. Kami masuk dari mana-mana pintu.
Anda Belum Ada CFO
Bahagian operasi mungkin laju, tapi strategi kewangan berjalan secara buta. Tiada unjuran, tiada kawalan tunai yang sebenar, dan tiada pelan tersusun untuk berkembang.
Kami bawa keseluruhan fungsi CFO secara fractional, kapasiti penuh tanpa kos pengambilan CFO sepenuh masa yang boleh mencecah RM20,000 hingga RM30,000 sebulan. Anda dapat kepakaran strategik itu, pada kos yang masuk akal untuk SME.
Anda Sudah Ada Ketua Kewangan
Ada orang dalam kerusi itu, tetapi peranannya lebih besar daripada seorang generalis boleh pikul seorang diri. Laporan datang lambat, gambaran masih kabur, dan syarikat masih belum benar-benar layak pembiayaan bank.
Kami tidak menggantikan mereka. Kami beri pasukan kewangan anda sokongan senior dan kepakaran khusus seperti penilaian syarikat, kutipan dana, penstrukturan semula, dan perancangan cukai, supaya mereka boleh buat lebih banyak, dan nampak bagus melakukannya.
Kedua-duanya berakhir di tempat yang sama: seseorang yang akhirnya memiliki lapisan kewangan strategik anda.
Bila Kerusi Itu Diisi, Inilah Yang Berubah Untuk Anda.
Ini bukan sekadar laporan yang lebih kemas. Apabila seseorang akhirnya memandu lapisan kewangan strategik anda, ia membuka beberapa perkara yang memberi kesan langsung kepada bisnes dan poket anda.
Berhenti Terlebih Bayar Cukai, Dan Elak Penalti
Bila perancangan cukai dibuat sepanjang tahun, bukan tergesa-gesa pada hujung tahun, anda hanya membayar apa yang sepatutnya, dalam lingkungan undang-undang. Pada masa sama, rekod yang teratur dan dihantar tepat masa menjauhkan anda daripada penalti yang sering menimpa syarikat yang lewat atau cuai.
Jadi Layak Pembiayaan Bank: Lebih Mudah Memohon Dan Merunding Pinjaman
Bank menilai syarikat melalui penyata kewangannya. Apabila akaun anda kemas, konsisten, dan disokong unjuran yang munasabah, permohonan pinjaman menjadi lebih lancar, dan anda berada di kedudukan yang lebih kuat untuk merunding terma yang lebih baik.
Boleh Membentang Dengan Yakin
Pelabur dan rakan strategik mahu melihat angka yang bercerita. Bila kedudukan kewangan anda jelas dan unjuran anda kukuh, anda boleh membentangkan idea dengan keyakinan, kerana nombor di belakangnya menyokong cerita pertumbuhan yang anda bawa.
Nampak Masalah Sebelum Ia Melanda Aliran Tunai
Unjuran dan pemantauan berkala bermakna anda nampak tanda amaran lebih awal, bukan selepas tunai sudah ketat. Ini memberi anda masa untuk bertindak secara terancang, bukan sekadar bertindak balas dalam keadaan tertekan.
Rekod Kewangan Yang Sedia Untuk IPO, Walaupun Anda Tak Berhasrat Untuk IPO.
Matlamat kami adalah mencantikkan rekod kewangan syarikat anda sehingga ia berada pada tahap kesediaan sebuah syarikat yang ingin disenaraikan. Anda tidak semestinya mahu ke IPO. Tetapi disiplin pada tahap itu menjadikan syarikat anda lebih bernilai, lebih dipercayai, dan lebih bersedia untuk apa-apa peluang yang datang, sama ada pinjaman, pelaburan, rakan kongsi, atau jualan.
Kami Tak Sekadar Nasihat. Kami Laksana Bersama Anda.
Bukan sekadar slide cantik yang masuk laci. Kami masuk, diagnos, bina, dan kekal bertanggungjawab terhadap hasil bersama anda. Inilah lima perkara yang kami lakukan secara berterusan.
Diagnos Titik Buta Kewangan
Kami mula dengan memahami di mana wang anda sebenarnya pergi, dan mendedahkan risiko atau ketirisan yang selama ini tersembunyi dalam operasi harian anda.
Bina Model Memandang Ke Hadapan
Daripada sekadar melihat sejarah, kami membina unjuran dan senario yang membolehkan anda menguji keputusan sebelum anda melaburkan masa dan wang ke dalamnya.
Kekal Akauntabiliti, Pantau KPI
Kami tak hilang lepas laporan dihantar. Kami pantau prestasi terhadap sasaran dan bagi amaran awal bila ada yang mula tak kena, supaya takde kejutan.
Tingkatkan Kecekapan Struktur
Kami mengemas proses dan struktur kewangan supaya setiap ringgit bekerja lebih keras, dan operasi anda berjalan lebih lancar dari hulu ke hilir.
Uji Andaian Perniagaan (Uji Tekanan)
Sebelum anda commit pada pengembangan atau pelaburan besar, kami uji andaian anda terhadap nombor sebenar, supaya keputusan dibuat ikut nombor, bukan harapan.
Apa Yang Sampai Ke Tangan Anda, Setiap Bulan.
Setiap engagement menghasilkan output yang anda boleh pegang dan gunakan untuk membuat keputusan, bukan sekadar laporan yang tersimpan dan dilupakan.
Dashboard Kewangan
Visibiliti aliran tunai dan kedudukan akaun secara berkala, dalam satu paparan yang anda boleh faham dengan sekali pandang.
Akaun Pengurusan & Laporan
Laporan pengurusan bulanan dan suku tahun yang konsisten, supaya anda tidak perlu tunggu hujung tahun baru tahu kedudukan sebenar.
Penyata Kewangan Sedia Untuk Bank
Penyata yang kemas dan boleh dipertahankan, supaya permohonan pinjaman atau kempen kutipan dana berjalan dengan jauh lebih lancar.
Model Memandang Ke Hadapan
Belanjawan, ramalan, dan unjuran yang menguji andaian bisnes anda sebelum anda melaburkan wang, bukan selepas.
Pemantauan KPI
Akauntabiliti berterusan. Kami pantau prestasi dan tanda amaran, dan bukan sekadar melapor selepas perkara sudah terjadi.
Mesyuarat Pengurusan
Sesi bersemuka berkala untuk membentangkan kedudukan dan memandu keputusan penting bersama anda, secara langsung.
Proses Yang Berdisiplin, Bukan Ad-Hoc.
Setiap engagement mengikut laluan yang sama, dari memahami realiti anda sehingga disiplin dokumen yang berterusan, supaya tiada apa yang tercicir.
Kutipan Maklumat
Kumpul maklumat kewangan dan operasi sebenar anda.
Semakan Proses
Semak macam mana proses kewangan anda berjalan sekarang.
Diagnosis Masalah
Kenal pasti di mana ketirisan dan risiko sebenar berlaku.
Pelan Penstrukturan
Susun pelan untuk kemaskan struktur kewangan anda.
Permulaan Operasi
Mula laksana, sediakan sistem dan aliran kerja kewangan.
Mesyuarat Pengurusan & Pematuhan
Mesyuarat berkala dan pastikan pematuhan sentiasa terjaga.
Penutupan & Pelaporan
Tutup akaun dan keluarkan laporan tepat pada masanya.
Disiplin Data & Dokumen
Kekalkan rekod kemas dan teratur secara berterusan.
Kitaran Bulanan
- Minggu 1Terima & Susun Dokumen
- Minggu 2Akaun Pengurusan & Pelaporan
- Minggu 3Simpan Kira Lejar Separa
- Minggu 4Mesyuarat Pengurusan Berkala
Kitaran Tahunan
- BulananAkaun Pengurusan & Pelaporan
- Suku TahunSemakan Kesihatan Kewangan & Mesyuarat Pengurusan
- Separuh TahunPerancangan Cukai & Semakan Prestasi
- TahunanBelanjawan, Unjuran, Penghantaran & Laporan Akhir
Dari Terbang Buta, Kepada Terkawal Dan Sedia Bank.
Contoh anonim sebuah syarikat yang masuk dalam keadaan bercelaru, setiap keputusan diteka, pinjaman ditolak, dan pemilik letih menanggung semua. Lihat kedudukannya selepas fungsi CFO diisi.
Hasilnya, ada roadmap kewangan yang jelas: pertumbuhan yang boleh dijangka, terkawal, dan sedia untuk peluang seterusnya.
Empat Tonggak, Satu Meja.
Daripada asas perakaunan sehingga keputusan korporat peringkat tinggi, semuanya diuruskan di bawah satu bumbung, supaya anda tidak perlu menguruskan lima vendor berasingan.
Perakaunan
- Simpan Kira
- e-Invois
- Laporan Kewangan & Analisis
- Nisbah Kewangan
- Penyediaan & Penyelarasan Audit
Percukaian
- Pengiraan & Anggaran Cukai
- Borang B / BE / C / P
- Nasihat & Pengoptimuman Cukai (Sah Di Sisi Undang-Undang)
- Semakan Diagnostik Cukai
Kewangan Korporat
- Due Diligence
- Permodelan Penilaian
- Analisis Kunci Kira-Kira & Penyata Pendapatan
- Pelan Penggantian
Penyelesaian Perniagaan
- Takaful Am & Korporat
- Pelaburan Korporat
- Pelan Penggantian Perniagaan
- Zakat Untuk Korporat
Mahukan Aliran Tunai Yang Boleh Dijangka, Cukai Yang Lebih Rendah, Dan Disiplin Kewangan?
Skala dan disiplin bermula dengan struktur CFO. Kami diagnos kedudukan anda, kemudian laksana bersama.