Kalkulator Faraid
Kira pembahagian harta pusaka mengikut hukum faraid berdasarkan Al-Quran dan Sunnah, lengkap dengan huraian setiap bahagian, susun atur harta, dan simulasi wasiat serta waqaf.
Maklumat Si Mati
Waris Yang Hidup
Harta Pusaka
Keputusan Pembahagian
| Waris | Pecahan | Peratus | Kaedah | Nilai (RM) |
|---|
Huraian Kiraan
Baitulmal: Apa Sebenarnya Berlaku
Bila Si Mati tiada waris asabah untuk menghabiskan baki harta, secara doktrin baki itu diserahkan ke Baitulmal, iaitu perbendaharaan di bawah Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Semua negeri berpegang pada Mazhab Syafie, jadi kaedah radd (pulangkan baki kepada waris fardu) pada asasnya tidak diamalkan di Malaysia. Namun ini tak bermakna harta terus hilang. Sistem sediakan beberapa mekanisme supaya aset keluarga boleh kekal dengan waris.
Waris, termasuk anak angkat, boleh menebus harta tak alih yang jatuh ke Baitulmal pada nilaian semasa. Baitulmal dapat nilai tunai, keluarga kekal pegang rumah atau tanah.
Hartanah cipta pemilikan berpecah, Baitulmal jadi tuan bersama aset yang susah diurus dan lambat dicairkan. Tunai pula boleh dibahagi terus tanpa isu itu.
Semasa pembahagian, waris boleh bermuafakat: seorang ambil rumah, yang lain ambil nilai tunai setara. Diterima keempat-empat mazhab, elak pecahan aset.
Dana yang benar-benar kekal dengan Baitulmal disalurkan untuk maslahah ummah seperti masjid, pendidikan Islam, dan bantuan asnaf. Inilah sebab perancangan harta (wasiat, hibah) penting supaya aset sampai ikut hasrat sebenar. Setiap negeri ada enakmen dan prosedur tebus pusaka yang berbeza, jadi untuk kes kompleks atau yang melibatkan Baitulmal, rujuk MAIN negeri masing-masing untuk pengesahan.
Perancangan Harta: Langkah Seterusnya
Di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959, tiada siapa boleh sentuh harta Si Mati sehingga mahkamah keluarkan Surat Kuasa. Untuk sampai ke pembahagian, harta perlu lalui dua peringkat, dan turutannya tak boleh diterbalikkan.
- 1Wasi. Mentadbir dan mengagihkan harta anda.
- 2Custodian. Memegang dan menguruskan harta pusaka waris bawah umur.
- 3Guardian. Menjaga diri dan kebajikan anak bawah umur.
- Harta Sepencarian. Hak pasangan atas harta yang diperoleh bersama semasa berkahwin.
- Amanah. Harta dipegang untuk manfaat waris.
- Waqaf. Manfaat berterusan untuk ummah.
- Hibah. Pindah milik aset semasa hidup.
- Wasiat. Sehingga 1/3 kepada Bukan Waris.
- Faraid. Kadar tetap Al-Quran, dikira di atas.
Isu Likuiditi
Selagi Surat Kuasa belum keluar, harta beku, tapi bil keluarga tak berhenti. Ansuran, kos harian, dan kos pentadbiran itu sendiri masih perlu dibayar. Dari mana tunai datang kalau semua aset terkunci? Inilah krisis likuiditi yang ramai terlepas pandang, dan sebabnya perancangan awal jadi penyelamat.
Khidmat nasihat perancangan harta pusaka Islam oleh perunding bertauliah, TSI Wealth Planners Sdn. Bhd.