Tentang Saiful 'Ariffin | TSI Wealth Planner
Perancang Kewangan Islam

Saiful 'Ariffin

Islamic Financial Adviser Representative (IFAR)
TSI Wealth Planner
ShRFP Module 7 FAR (BNM) FPR (SC) FIMM As-Salihin
Jom Berbincang
Saiful Ariffin, perancang kewangan Islam
Perancangan Kewangan

Untuk Semua. Tanpa Pengecualian.

Perancangan kewangan bukan untuk golongan berada sahaja. Ia untuk semua, sebab kewangan menyentuh setiap fasa hidup; dari mula bekerja, membina keluarga, sampai meninggalkan warisan. Dari melindungi yang tersayang semasa hidup, hingga memastikan mereka terjaga selepas kita tiada.

Pendidikan anak, perlindungan keluarga, persaraan, hutang, pelaburan, harta pusaka. Semuanya berkait, dan semuanya perlu dirancang awal, bukan nanti.

Dan jujurnya, isunya bukan kita tak pandai urus duit. Kebanyakan kita dah pun urus; gaji masuk, bil dibayar, ada simpanan sedikit. Tapi ada beza antara mengurus dan mengoptimakan. Di sinilah perancangan kewangan berperanan: memastikan setiap ringgit anda bekerja pada tahap terbaiknya, supaya apa yang ada mampu beri lebih dari yang disangka.

Mula
Bekerja
Bina
Keluarga
Lindung
& Labur
Kembang
& Optimum
Bersara
& Warisan

Bukan soal pandai atau tidak; soal sudah optimum atau belum.

Prinsip

Amanah dan Ilmu

Satu nama menjadi inspirasi: Nabi Yusuf a.s.

إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ Yusuf a.s. (Surah Yusuf, 12:55)

Yusuf a.s. bukan sekadar memelihara perbendaharaan Mesir. Beliau menguruskannya sehingga negara itu menjadi sebuah empayar yang megah pada zamannya, kukuh dan berdaya tahan ketika seluruh rantau dilanda kemarau tujuh tahun.

Itulah maksud Hafizhun Alim. Hafiz: memelihara harta orang lain ibarat mempertahankan nyawa sendiri. Alim: betul-betul tahu apa yang dibuat, bukan sekadar cukup-cukup. Dua sifat inilah yang menjadi pegangan setiap kali seseorang mengamanahkan kewangan mereka.

Sebab setiap manusia adalah khalifah. Harta yang kita pegang bukan milik mutlak, tapi amanah untuk diuruskan sebaik mungkin. Dan di situlah peranan kami sebagai perancang kewangan: membantu setiap orang melaksanakan tugas itu, menjadi pengurus sumber yang baik atas apa yang diamanahkan kepada mereka.

Hafiz, Memelihara

Menjaga setiap amanah ibarat mempertahankan nyawa sendiri

Alim, Berilmu

Menguasai ilmu kewangan dengan mendalam, bukan sekadar cukup

Pendekatan

Membina, bukan membaiki.

Ramai ingat perancang kewangan ni untuk orang yang dah terjerat; hutang melilit, krisis melanda. Betul, kami boleh bantu di situ. Tapi itu senario paling teruk, bila kewangan dibiar tanpa rancangan.

Kerja sebenar bermula jauh sebelum itu. Membina struktur kewangan anda dengan betul, dari awal, supaya anda bukan sekadar elak langkah silap, tapi buat setiap keputusan yang tepat.

Dan jangan salah faham; ini bukan tentang berhenti berbelanja. Perancang kewangan bukan joykiller yang halang anda menikmati hidup. Sebaliknya, kami menggalakkan anda berbelanja dengan strategi, supaya setiap ringgit yang keluar memulangkan nilai kembali kepada anda.

Sebab perancangan yang baik itu proaktif, bukan reaktif. Ia membina ikut urutan yang betul: kukuhkan asas diri dahulu, lindungi keluarga, dan bila ada lebihan, barulah hulur kepada orang lain. Dan caranya bermula dari penyelesaian, bukan produk. Kita duduk, faham keadaan sebenar, susun strategi. Produk cuma alat; ia datang kemudian, bila kita dah jelas apa yang nak dicapai.

Matlamatnya bukan sekadar membaiki keadaan anda, tapi membinanya kukuh sehingga tak perlu dibaiki.

Jom Berbincang
8+
tahun dalam industri kewangan
100+
klien individu & korporat
8
sijil, lesen & kelayakan
3
bidang kepakaran teras
Perjalanan

Dari jurutera ke perancang kewangan

Latar belakang kejuruteraan mengajar saya berfikir secara sistematik; setiap masalah ada struktur, setiap struktur ada penyelesaian. Bila masuk dunia kewangan, saya belajar dengan cepat, dan banyak pintu terbuka. Semua untuk satu tujuan: membantu orang lain mengurus amanah mereka dengan lebih baik, dan membuka laluan untuk generasi seterusnya.

Saiful Ariffin dalam sesi perancangan kewangan dengan klien
MCKK & UW-Madison

BSc Electrical Engineering

MCKK → University of Wisconsin-Madison. BSc EE + Certificate in Japanese Studies.

2018

Shariah Estate Planning

Mula dalam bidang perancangan harta pusaka Islam; Wasiat, Hibah, dan pengurusan Faraid.

2019

Takaful & Penerbitan Buku

Masuk Takaful. Penterjemah buku "The Conceptual Idea of The Mua'malat Fiqh Forensic in the Islamic Financial System".

2021

Unit Trust & TSI Advisor

Lesen FIMM untuk unit amanah dan PRS. Mula sebagai advisor di bawah ekosistem TSI.

2022

FAR (BNM) & FPR (SC)

Lesen Financial Adviser Representative dari BNM dan Financial Planner Representative dengan Expanded Scope dari Suruhanjaya Sekuriti.

2023 hingga Kini

Co-Head FPR & Unit Leader

Co-Head FPR Department dan Unit Leader Shariah Estate Planning di TSI. Perancangan kewangan holistik.

Kelayakan

Sijil, Profesional & Lesen

Kelayakan dibahagikan kepada tiga peringkat; sijil sebagai asas ilmu, lesen profesional yang melayakkan memberi nasihat, dan lesen produk untuk menyelesaikan keperluan spesifik klien.

Sijil Asas ilmu & kelayakan

ShRFP

Shariah Registered Financial Planner
Pensijilan perancangan kewangan Islam; diiktiraf BNM dan SC sebagai asas kelayakan profesional
MFPC

Module 7

Financial Statement Analysis and Asset Valuation
Peperiksaan pelesenan SC; melayakkan skop nasihat diperluas kepada sekuriti tersenarai
SIDC
Profesional Lesen memberi nasihat

FAR

Financial Adviser's Representative
Lesen memberi nasihat kewangan dan Takaful di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia
BNM

FPR (Expanded Scope)

Financial Planner's Representative
Lesen perancangan kewangan komprehensif di bawah Suruhanjaya Sekuriti, dengan skop diperluas
SC
Lesen Penyelesaian produk & harta

Unit Trust

Unit Trust Scheme Consultant
Lesen pengedaran dana unit amanah untuk pelaburan klien
FIMM

PRS

Private Retirement Scheme Consultant
Lesen pengedaran skim persaraan swasta untuk perancangan persaraan
FIMM

Estate Planning

Shariah Estate Planning
Lesen perancangan pewarisan; Wasiat, Hibah, dan pengurusan Faraid
As-Salihin Trustee

Marketing Representative

Equity & Shariah FCPO Dealing
Lesen berurusan dalam ekuiti dan niaga hadapan minyak sawit (FCPO) yang patuh Shariah
UOB Kay Hian
Afiliasi

Platform & Entiti

Ekosistem

TSI Group

The Sophisticated Investor; sebuah platform dan ekosistem penasihat kewangan di bawah Prinsipal Alwi Adam, yang membina dan membentuk perancang kewangan holistik.

Compliant Client-Centric Competitively Strong Future-Ready
Entiti Berlesen

TSI Wealth Planner

Entiti berlesen yang lahir dari TSI Group. Dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Di sini Saiful 'Ariffin beroperasi secara rasmi sebagai Financial Adviser Representative.

Lesen FAR (BNM) Kawal Selia BNM
Beroperasi Aktif
Visi

Radius Tanggungjawab

Setiap kita memikul radius tanggungjawab, dan ia berkembang ikut urutan.

Mula sekali, selesaikan keperluan diri. Kemudian berkembang kepada orang yang paling rapat dengan kita; keluarga. Dan bila diri serta keluarga sudah ada lebihan, barulah radius itu sampai kepada orang lain.

Radius ini tak boleh dipaksa. Kalau asas diri belum kukuh, kita tak mampu jaga keluarga sepenuhnya. Kalau keluarga belum terjaga, kita tak mampu beri kepada orang lain. Perancangan kewangan adalah mekanisme yang membina setiap ring ini ikut urutan yang betul.

OTHERS FAMILY SELF
Diri. Bina asas yang kukuh dahulu; perlindungan, simpanan, kestabilan kewangan.

Waqaf, manfaat yang
kekal berterusan.

Di sinilah radius tanggungjawab paling jelas kelihatan. Kita hanya mampu berwaqaf bila kekayaan diri dan keluarga sudah terbina, dan limpahan lebihan itulah yang mengalir kepada orang lain.

Tapi waqaf bukan memberi sekali sahaja. Ia memberi manfaat yang berulang-ulang, tidak pernah henti, lama selepas kita tiada. Inilah hakikat barakah; kebaikan yang terus mengalir tanpa putus. Dan itulah matlamat sebenar harta waqaf.

Sebab itu waqaf adalah bukti. Tanda bahawa seseorang telah berjaya menguruskan kewangannya sehingga ada lebih untuk diberi, sebuah warisan kebaikan yang kekal. Bayangkan setiap pengurus amanah mampu meninggalkan waqaf sendiri. Itulah kekuatan sebenar ummah.

Mengurus Rezeki
Dengan Integriti
Keluarga
Terjaga Sempurna
Surplus
Terbina
Waqaf &
Kekuatan Ummah

Fokus: Individu, Korporat, Family Business. End game: Waqaf Korporat.

Hubungi

Mulakan Perbualan

Setiap perjalanan kewangan bermula dengan satu perbualan. Tiada tekanan, tiada komitmen; hanya perbincangan jujur tentang bagaimana anda boleh mula mengurus amanah ini dengan lebih yakin.

Hubungi Melalui WhatsApp